Wednesday 8 January 2014

Contoh RPH ADD MATH Tingkatan 4

Hari                      : Isnin
Masa                     : 8.25 a.m- 9.05 a.m.
Tarikh                   : 1 Julai 2013
Tingkatan             : 4 Sains
Bil. Pelajar           : 30/30
Topik                    : Penyelesaian Segi Tiga
Subtopik               : Petua Kosinus

Objektif pembelajaran : Murid akan dibimbing untuk memahami dan menggunakan konsep bagi petua kosinus untuk menyelesaikan
                                       masalah.
Hasil pembelajaran :
 Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
a)      Mengenal pasti petua kosinus dengan tepat.
b)      Menulis persamaan kosinus dengan betul.
c)      Menggunakan petua kosinus untuk mencari sisi yang tidak diketahui bagi suatu segi tiga dengan menggunakan kalkulator.

Pengetahuan sedia ada :
a)      Pelajar telah mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah melibatkan segi tiga bersudut tegak.
b)      Pelajar telah mengetahui tentang Teorem Pitagoras
c)      Pelajar telah mempelajari petua sinus.

Kaedah pengajaran : Kaedah eksposisi atau penerangan, kaedah deduktif, dan kaedah kerja praktik.

Strategi pengajaran : Perbincangan dan pembelajaran koperatif.

Bahan bantu mengajar : Papan putih, lembaran kerja, dan OHP.

KBKK : Menjana idea, mentafsir maklumat, merancang strategi penyelesaian, berkongsi idea, menyelesaikan masalah, menyemak penyelesaian, dan membuat refleksi.
 
Sikap dan nilai : Saling bantu- membantu, bekerjasama, dan berkeyakinan  tinggi.


Langkah/ Masa

Isi Kandungan
Aktiviti (wacana)
Sikap/Nilai/ KBKK/Strategi/ Kaedah/BBM (persekitaran)
Peranan Guru
Peranan Pelajar

Langkah 1 :
(5 minit)
Set induksi


Mengulang kaji pengajaran dan pembelajaran yang sebelumnya berkaitan petua sinus sebelum mengajar sub topik petua kosinus.

a) Guru bertanya pelajar tentang apakah formula bagi petua sinus.
b) Guru memberikan satu masalah segi tiga.
c) Guru memaparkan satu tegi tiga yang mengandungi dua sisi dan satu sudut bukan kandung dan meminta pelajar mencarikan sudut yang dinyatakan.    

a) Pelajar menjawab soalan guru tentang petua sinus.
b) Pelajar kemudian mula menjawab soalan yang dipaparkan oleh guru. 

Sikap dan nilai: Bekerjasama, teliti, dan tekun.
KBKK: Menyelesaikan masalah dan menjana idea.
Kaedah: Deduktif.
BBM: Papan putih, OHP



Langkah 2 :
( 10 minit )
Perkembangan pengajaran


Pengenalan kepada Petua Kosinus

a) Guru menerangkan kepada pelajar tentang formula bagi petua kosinus dan syarat menggunakan petua tersebut serta menulis formula petua kosinus.
b) Guru memberikan beberapa contoh segi tiga yang melibatkan penggunaan petua kosinus.
c) Guru memberikan satu soalan segi tiga yang mengandungi semua panjang sisi dan meminta pelajar mencarikan sudut yang dinyatakan bagi menguji tahap kefahaman murid.      (Lampiran 1).

a) Pelajar membuat nota ringkas berkaitan petua kosinus dan syarat penggunaan petua kosinus.
b) Pelajar mula menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan petua kosinus.

Sikap dan nilai: Teliti, dan tekun.
KBKK: Menyelesaikan masalah dan menjana idea.
Kaedah: Deduktif.
BBM: Papan putih, OHP


Langkah 3 :
( 15 minit )
Perkembangan pengajaran

Latihan  Petua Kosinus

a) Guru meminta pelajar bekerja secara berpasangan.
b) Guru mengedarkan lembaran kerja pada setiap pasangan. (Lampiran 2).
c) Guru meminta pelajar menyelesaikan semua soalan dalam masa yang ditetapkan.
d) Kemudian guru meminta beberapa orang pelajar untuk menunjukkan pengiraan yang telah dilakukan di hadapan kelas dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
e) Guru meminta pelajar untuk menyemak pengiraan masing- masing.
f) Guru akan merekod markah setiap pelajar untuk menilai tahap kefahaman mereka.

a) Secara berpasangan, pelajar mula berbincang untuk menyelesaikan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
b) Pelajar menyiapkan lembaran yang diedarkan oleh guru dalam masa yang ditetapkan.
c) Beberapa orang pelajar menunjukkan pengiraan yang telah dilakukan.  .
d) Pelajar menyemak lembaran yang dijawab.

Strategi : Perbincangan.
ABM : Lembaran kerja (Lampiran 2).

KBKK : Mentafsir maklumat, merancang strategi penyelesaian masalah, berkongsi idea, dan menyelesaikan masalah.
Sikap dan nilai : Bekerjasama, yakin, dan teliti.

Langkah 4 :
( 7 minit )
Penilaian



Mencari sisi yang tidak diketahui bagi suatu segi tiga dengan menggunakan formula kosinus.


a) Guru mengedarkan satu soalan kuiz pendek kepada setiap pelajar. ( Lampiran 3 )
b) Guru mengarahkan pelajar supaya menjawab kuiz tersebut sendiri tanpa berlaku apa- apa perbincangan dengan rakan.
c) Guru memastikan pelajar menjawab kuiz tersebut dalam masa yang ditetapkan.
d) Guru memaparkan jawapan yang betul di hadapan kelas dan meminta pelajar untuk menukar kuiz masing- masing dengan rakan disebelah untuk disemak secara ‘pair check’.
e) Guru meminta pelajar untuk menghantar kertas kuiz masing- masing kepadanya untuk merekod markah.
f) Guru akan merekod markah yang diperolehi oleh setiap pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman mereka dalam topik petua kosinus.
g) Guru akan melaksanakan aktiviti pengukuhan kepada pelajar yang mendapat markah kurang daripada 80% dan aktiviti pengayaan kepada pelajar yang mendapat 80% ke atas.



a)Pelajar menerima soalan kuiz daripada guru.
b) Pelajar menjawab kuiz yang diberikan secara individu dalam masa yang ditetapkan.
c) Pelajar menukar jawapan kuiz masing- masing dengan rakan di sebelah untuk disemak.
d) Pelajar mula menyemak pengiraan dengan teliti.
e) Pelajar menghantar kertas kuiz kepada guru bagi proses merekodkan markah.
f) Pelajar akan mengikuti aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang akan dilaksanakan oleh guru.



Strategi :Pembelajaran koperatif (pair check).
ABM : Soalan kuiz, OHP/ transparensi.
KBKK : Mentafsir maklumat, merancang strategi penyelesaian masalah, dan menyelesaikan masalah.




Langkah 5 :
( 3 minit )
Penutup

Rumusan tentang petua kosinus.

a) Guru meminta pelajar untuk membuat refleksi tentang petua kosinus.

a) Pelajar membuat refleksi tentang petua kosinus.

KBKK : Refleksi.







Refleksi :

RPH Math Tingkatan 4



Hari                              : Khamis

Masa                            : 7.40 a.m. – 9.00 a.m.
           
Tarikh               .           : 17/7/2013

Tingkatan                      : Tingkatan 4 Cekal

Bilangan Pelajar            :    /30 orang pelajar

Topik                            : Topik 6 : Statistik

Subtopik                       : 6.2  Mod dan Min.

Objektif Pembelajaran    : Pelajar akan diajar untuk :
  Memahami dan menggunakan konsep mod dan min bagi data yang terkumpul.    

Hasil Pembelajaran        : Di akhir pengajaran pelajar akan mampu untuk :
i)               Menentukan kelas mod daripada jadual kekerapan terkumpul.
ii)              Mengira nilai titk tengah sesuatu kelas.
iii)             Mengira min daripada jadual kekerapan data terkumpul.
iv)         Membincangkan kesan saiz selang kelas terhadap ketepatan min bagi set data terkumpul.

Pengetahuan Sedia        : Mengenali jenis data, mengetahui asas dalam melukis histogram, & memahami cara mendapatkan mod, penengah  
Ada                                   (median) dan min.

Kaedah Mengajar          : Pembelajaran masteri.

Strategi Mengajar          : Berpusatkan kepada guru

Alat Bantuan Guru         : Papan putih, pen maker pelbagai warna, buku teks

CCTS                            : Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar, guru bijak untuk mengawal suasana dalam kelas

Nilai-nilai Murni               : Konsentrasi, hormat antara satu sama yang lain, kesungguhan untuk mencapai sesuatu, keyakinan


Langkah / Masa
Pengisian
Aktiviti
Strategi / Kaedah / Bahan Mengajar / CCTS / NV
Peranan Guru
Peranan pelajar

Langkah 1

Set Induksi

(5 minutes)


Konsep mod dan min.

·         Memahami kepentingan kekerapan dan purata pada sebuah data.


·         Sebelum masuk kepada subtopik yang baru, guru akan mengulang kembali subtopik sebelum ini secara ringkas.

·         Memperkenalkan istilah baru yang terdapat dalam subtopik ini kepada pelajar.

·         Mendapatkan kefahaman daripada pelajar terlebih akan istilah tersebut sebelum memberitahu maksud sebenar.


·         Pelajar bersama-sama dengan guru memberitahu dan berkongsi maklumat yang pelajar masih ingat akan subtopik yang lepas.

·         Memberi sepenuh tumpuan akan setiap yang dikatakan oleh guru.

·         Memberi respon pada setiap pertanyaan agar suasana pembelajaran tidak membosankan.

Strategi :
Setiap pelajar harus bersuara

Kaedah :
Perbincangan bersama

Bahan Mengajar :
Papan putih, pen maker pelbagai warna

CCTS :
Mengingati kembali pelajaran sebelumnya

Nilai Murni :
Konsentrasi, keyakinan


Langkah 2 :
 
Penentuan hasil pembelajaran

(15 minutes)


Definisi mod dan min :

·         Mod adalah nilai yang paling kerap wujud di dalam set data.

·         Mod digunakan untuk menentukan kategori yang kerap terjadi.
·         Min adalah nilai purata bagi sebuah data.

·         Min merupakan ukuran yang paling luas penggunaanya dalam statistik.


·         Menjelaskan objektif pembelajaran subtopik ini kepada pelajar agar mereka tahu kepentingan untuk belajar subtopik ini.

·         Guru akan menerangkan dengan lebih jelas lagi akan maksud setiap istilah
yang ada.

·         Guru juga akan mendedahkan beberapa formula kepada pelajar untuk kegunaan mereka.


·         Mendengar dan cuba memahami setiap apa yang dikatakan oleh guru.

·         Pelajar akan mencatat segala maklumat penting yang ditulis oleh guru pada papan putih ke dalam buku.


Strategi :
Memberi penerangan dengan bahasa yang mudah pelajar fahami.

Kaedah :
Penerangan dari guru

Bahan Mengajar :
Papan putih, pen maker

CCTS :
Bina hubungan yang baik dengan pelajar

Nilai murni :
Fokus

Langkah 3 :
 
Perkembangan

(10 minutes)

Kesan saiz kelas ke atas min.

·         Semakin kecil saiz kelas, semakin tepat nilai purata.

·         Bagi meningkatkan lagi kecekapan pelajar dalam proses mengira, guru juga akan mengajar mencari min dengan menggunakan kalkulator saintifik.

·         Perlu diingatkan juga kepada pelajar bahawa bantuan kalkulator saintifik hanya untuk proses semakan dan pelajar harus menggunakan formula terlebih dahulu bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

·         Guru akan mengubah saiz kelas pada soalan yang sama agar pelajar dapat melihat perbezaan min yang diperolehi pada saiz kelas yang berlainan.




·         Pelajar akan mengikut segala panduan dan langkah yang diberikan oleh guru dalam menguasai penggunaan kalkulator saintifik dalam subtopik ini.

·         Peringatan yang diberikan oleh guru akan dicatat oleh pelajar.

·         Perbezaan min akan dapat dilihat oleh pelajar apabila saiz kelas ditukar dan pengiraan dibuat lagi.



Strategi :
Menggunakan kalkulator saintifik

Kaedah :
Berpusatkan kepada guru

Bahan Mengajar :
Kalkulator saintifik

CCTS :
-

Nilai Murni :
Fokus dan berani mencuba

Langkah 4 :

Penilaian

(10 minutes)

Nyatakan nilai mod dan kira nilai min bagi setiap data terkumpul.


·         Guru akan menbahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.

·         Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar yang berbeza tahap pencapaian dan mereka menerima soalan yang sama.

·         Bincangkan soalan tersebut di dalam kumpulan.

·         Setelah itu, tulis jawapan anda di papan putih seperti yang dikehendaki dan guru akan menilai dan menyemak jawapan mereka.

·         Ketika pelajar menjawab soalan tersebut guru akan membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pelajar yang memerlukan lagi soalan pemulihan.

·         Apabila guru dapat mengesan beberapa orang pelajar yang memerlukan soalam pemulihan, mereka diminta untuk bertemu dengan guru selepas waktu kelas di bilik guru.

·         Pelajar yang telah faham akan diberikan soalan pengukuhan sebagai latihan.


·         Bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh guru.

·         Berbincang bersama di dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan yang diberikan oleh guru.

·         Menghantar wakil untuk menulis jawapan di papan putih untuk dinilai oleh guru.

·         Pelajar yang dikesan oleh guru memerlukan soalan pemulihan akan pergi berjumpa dengan guru seperti yang diminta selepas waktu kelas.

Strategi :
-

Kaedah :
Berbincang di dalam kumpulan

Bahan Mengajar :
Soalan yang terdapat dalam buku teks

CCTS:
Membuat refleksi, membuat analisis

Nilai Murni :
Kerjasama, keyakinan


Langkah 5 :

Penutup

(2 minutes)

Ringkasan pembelajaran :

i.    Konsep mod dan min
ii.   Definisi mod dan min
iii.  Kesan saiz kelas ke atas min.


·         Guru akan memberi kaitan kepentingan subtopik ini kepada pelajar dalam kehidupan harian mereka.

·         Pelajar yang lemah akan diminta untuk berjumpa dengan guru selepas waktu sekolah untuk diberikan lagi penerangan dan soalan tambahan kepada mereka.

·         Pelajar akan turut sama memberi idea dalam memberi contoh perkaitan subtopik ini dengan kehidupan seharian mereka.

·         Pelajar yang masih keliru akan topik ini akan pergi berjumpa dengan guru seperti yang diminta untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.


Strategi :
Penjelasan lebih lanjut dari guru

Kaedah :
Pembelajaran masteri (berpusatkan guru)

CCTS:
Menjana idea, inisiatif untuk memperbaiki kelemahan diri

Bahan Mengajar :
Papan putih, pen maker, soalan tambahan dari guru

Nilai Murni :
Bekerjasama, mampu untuk mencuba, keyakinan menghargai ilmu yang diberi

Refleksi :