Wednesday 8 January 2014

Contoh RPH Matematik Tingkatan 4



Hari                              : Khamis

Masa                            : 7.40 a.m. – 9.00 a.m.  

Tarikh               .           : 17/7/2013

Tingkatan                      : Tingkatan 4 Semangat

Bilangan Pelajar            :  30 orang pelajar

Topik                            : Topik 6 : Statistik

Subtopik                       : 6.2  Mod dan Min.

Objektif Pembelajaran   : Pelajar akan diajar untuk :
  Memahami dan menggunakan konsep mod dan min bagi data yang terkumpul. 

Hasil Pembelajaran        : Di akhir pengajaran pelajar akan mampu untuk :
i)              Menentukan kelas mod daripada jadual kekerapan terkumpul.
ii)             Mengira nilai titk tengah sesuatu kelas.
iii)            Mengira min daripada jadual kekerapan data terkumpul.
iv)            Membincangkan kesan saiz selang kelas terhadap ketepatan min bagi set data terkumpul.

Pengetahuan Sedia       : Mengenali jenis data, mengetahui asas dalam melukis histogram, & memahami cara mendapatkan mod, penengah  
Ada                                   (median) dan min.

Kaedah Mengajar          : Pembelajaran konstruktivisme

Strategi Mengajar          : Bebas untuk bermain dengan bahan yang diberi, menjana sesuatu idea dan formula berdasarkan bahan dan arahan.

Alat Bantuan Guru         : Satu balang yang dipenuhi dengan pelbagai warna lipatan bintang, sejumlah gula-gula daripada perisa yang sama,                             sehelai kertas yang tertulis dengan nombor dari 50 hingga 99, computer riba, LCD

CCTS                            : Menjana idea, membuat analisis dan kesimpulan.

Nilai-nilai Murni              : Kerjasama, keyakinan, penumpuan, berfikir secara kreatif dan kritis, mampu untuk mecuba dan mengaplikasikan.


Langkah / Waktu
Pengisian
Aktiviti
Strategi / Kaedah /  Bahan Mengajar / CCTS / NV
Peranan Guru
Peranan Pelajar

Langkah 1 :

Set Induksi

(10 minit)


Konsep mod dan min.

·         Memahami kepentingan kekerapan dan purata pada sebuah data.



·         Kelas dimulakan dengan guru memberikan penerangan awal serta gambaran mengenai subtopik yang akan diajar.

·         Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat perkaitan beserta kepentingan subtopik ini dengan kehidupan seharian.




·         Duduk bersedia untuk menerima ilmu baru beserta buku catatan dan alat tulis.

·         Mendengar penerangan daripada guru dengan teliti dan berkongsi pendapat bersama seperti yang dikehendaki oleh guru.  

Strategi :
Mendengar dengan teliti

Kaedah :
Perbincangan bersama guru

Bahan Mengajar :
Papan putih, pen marker

CCTS :
Menjana idea

Nilai Murni :
Fokus


Langkah 2 :
 
Pembangunan Pengajaran

(25 minit)

Definisi mod dan min :

·         Mod adalah nilai yang paling kerap wujud di dalam set data.
·         Mod digunakan untuk menentukan kategori yang kerap terjadi.
·         Min adalah nilai purata bagi sebuah data.
·         Min merupakan ukuran yang paling luas penggunaanya dalam statistik.


·         Pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.

·         Guru mengagihkan bahan ransangan kepada setiap kumpulan.

·         Mereka diarahkan untuk mencari kekerapan dan membahagikan bahan secara sama rata antara ahli kumpulan.

·         Membuat pantauan di setiap kumpulan pelajar agar mereka tidak beralih tumpuan.



·         Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.

·         Menerima bahan ransangan daripada guru.

·         Berbincang antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan bahan ransangan. 

·         Setelah itu, pelajar perlu menerangkan kaedah yang diperolehi di hadapan kelas.

Strategi :
Menggunakan bahan ransangan yang berbeza.

Kaedah :
Berbincang antara ahli kumpulan secara kreatif dan kritis.

Bahan Mengajar :
Lipatan bintang daripada pelbagai warna, gula-gula, data bertabur

CCTS:
Berbincang bersama dan berfikir secara terbuka tidak hanya terikat pada formula.

Nilai Murni :
Menerima pendapat orang lain, bekerjasama


Langkah 3 :
 
Pembangunan Pengajaran

(20 minit)

















Kesan saiz kelas ke atas min.

·         Semakin kecil saiz kelas, semakin tepat nilai purata.

·         Guru meminta pelajar untuk menukar bahan dengan kumpulan yang lain.

·         Menggunakan bahan yang baru, bina kumpulan data yang berbeza daripada hasil kumpulan sebelum ini.

·         Guru akan menerangkan tujuan membina data terkumpul yang lebih kecil.



·         Menukar bahan dengan kumpulan lain.

·         Bina data terkumpul yang baru.

·         Saiz data perlu kecil dari yang sebelum ini.






Strategi :
Menukar bahan untuk memberi ransangan yang berbeza

Kaedah :
Perbincangan, kaedah seperti di langkah 2

Bahan Mengajar :
Lipatan bintang daripada pelbagai warna, gula-gula, data bertabur

CCTS:
Berbincang bersama dan berfikir secara terbuka tidak hanya terikat pada formula




Nilai Murni :
Bekerjasama dan konsentrasi


Langkah 4 :

Penilaian

(15 minit)

Nyatakan nilai mod dan kira nilai min bagi setiap data terkumpul.


·         Menyediakan set soalan untuk menambah lagi kefahaman murid akan subtopik ini.

·         Memberi pendedahan akan kegunaan formula kepada pelajar untuk subtopik ini.

·         Setiap kumpulan akan memilih nombor dari 1 – 5, setiap nombor mewakili soalan yang berbeza.

·         Berdasarkan persembahan slaid yang memaparkan soalan, pelajar perlu berbincang di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah tersebut

Strategi:
-

Kaedah :
Perbincangan

Bahan Mengajar :
Persembahan slaid

CCTS :
Menganalisis dan mentafsir serta menyelesaikan soalan yang diberi

Nilai Murni :
Keyakinan


Langkah 5 :

Penutup

(10 minit)

Ringkasan pembelajaran :

i.    Konsep mod dan min
ii.   Definisi mod dan min
iii.  Kesan saiz kelas ke atas min.


·         Guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk menerangkan kembali apa yang mereka faham akan subtopik ini di hadapan kelas.

·         Menggalakkan para pelajar memberi contoh perkaitan subtopik ini dengan kehidupan
seharian.

·         Guru akan memberi peta konsep kepada pelajar untuk memudahkan mereka membuat ulangkaji pelajaran.

·         Memberi latihan tambahan kepada murid untuk mempertingkatkan lagi kefahaman mereka.
  

·         Setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk berkongsi kepada kelas akan kefahaman mereka.

·         Secara terbuka pelajar diberi peluang untuk memberi contoh mengenai subtopik ini dengan aktiviti seharian mereka.




·         Menyempurnakan kerja rumah yang diberi oleh guru.

Strategi :
Menggunakan peta konsep

Kaedah :
Perbincangan

CCTS :
Membuat refleksi dan kesimpulan.

Bahan Mengajar :
Peta konsep daripada persembahan slaid.



Nilai Murni :
Bekerjasama, mampu untuk mencuba dan berkeyakinan, menghargai ilmu ini dan akan menggunakan dalam kehidupan seharian.


Refleksi :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment