Tuesday 7 January 2014

Contoh RPH Bahasa Melayu Tingkatan 2



Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu

Tingkatan                  : 2 Harmoni

Bil. Murid                  : 32 orang

Tarikh                        : 08 April 2013

Masa                          : 40 minit       

Tajuk                         : Karangan Perbincangan

Tema                          : Tinggal di Asrama Lebih Baik daripada Tinggal di Rumah

Bidang                       : Interpersonal

Model Pengajaran   : Konstruktivisme

Objektif                      : 
         
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menulis sekurang-kurangnya satu perenggan isi tentang faktor tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah yang disampaikan dalam bentuk kumpulan masing-masing.

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.

HPK
2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.


ARAS 1
(ii) Mengemukakan idea utama dan idea sokongan untuk menghuraikan pendapat.

Kemahiran Bahasa               :           Mendengar, bertutur, dan menulis

Sistem Bahasa                        :           Kosa kata
·         Asrama
·         Rumah
                                                            Tatabahasa
·         Binaan ayat perenggan

Pengisian Kurikulum           
Ilmu                             :  Pendidikan moral dan kemasyarakatan
Nilai                            :   berani,  rasional, berkeyakinan, kreatif, bekerjasama dan bertanggungjawab.
KBT                            :   Kemahiran Berfikir    


Alat Bantu Mengajar
·         Gambar, sampul warna kertas A4, kertas sebak, pen marker, dan kertas A4.

Pengetahuan/ Kemahiran Sedia Ada
·         Pelajar sudah diajar tentang karangan perbincangan.
·         Pelajar sudah mempunyai pengalaman tinggal di asrama.
Penggabungjalinan:
Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPK
8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

ARAS 3
(i) Merumuskan maklumat dengan memberikan alasan yang dapat diterima.



Fasa dan isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Alat/KBT/Nilai

Induksi Set (3 minit)
(Menarik perhatian pelajar).
Soalan :
1. Apakah gambar yang dilihat oleh pelajar?
2. Apakah yang difahami oleh pelajar mengenai gambar tersebut?

·         Guru menunjukkan gambar seekor burung yang keluar dari sarang dan kambing yang dikurung di dalam kandang kepada pelajar.
·         Guru bersoal jawab dengan pelajar berkenaan gambar yang ditunjukkan.

ABM
·         Gambar

Kaedah
·         Bersoal jawab

Nilai
·         Bersedia
·         Berfikiran rasional

Fasa 1 : Orientasi (5 minit)
(Menetapkan hala tuju pembelajaran).
Pengenalan.
·         Gambar asrama dan rumah.
·         Definisi tentang asrama dan rumah.
Hala tuju pelajaran
Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.

·         Pelajar ditunjukkan gambar oleh guru.
·         Pelajar mengaitkan gambar yang terdahulu dengan gambar yang baru.
·         Pelajar diminta memberi pengertian tentang
asrama dan rumah.

·         Guru menyatakan hala tuju pelajaran hari ini.
ABM
·         Gambar
KBKK
·         Menghubungkaitkan
Nilai
·         Berkeyakinan
·         Rasional
Fasa 2 : Mencungkil  idea
 (5 minit)
Masalah yang timbul.
·         Faktor tinggal di asrama dan rumah.
·         Kebaikan dan keburukan tinggal di asrama dan rumah.

·         Pelajar diminta memikirkan masalah yang timbul berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan.
·         Pelajar diminta menuliskan idea tersebut dalam bentuk peta minda.
·         Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan.
ABM
·         Gambar

KBT
·         Kemahiran berfikir dan pembelajaran kontekstual

Nilai
·         Kreatif

Fasa 3 : Penstrukturan semula idea (5 minit)
(Menyusun  semula penge-tahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baharu).
·         Mencatat isi-isi penting yang diperolehi.

·         Setiap kumpulan diberi sampul surat berlainan warna.
·         Setiap kumpulan dikehendaki membuat seberapa banyak isi-isi penting yang diperolehi berdasarkan tajuk.

·         Aktiviti pelajar dipantau oleh guru.
ABM
·         Sampul warna kertas A4, kertas sebak, pen marker, dan kertas A4
KBKK
·         Menjana idea
KBT
·         Kemahiran berfikir
Nilai
·         Bekerjasama
·         Bertanggungjawab

Fasa 4 : Aplikasi idea
(15 minit)
(Melaksanakan tugasan dalam situasi sebenar)
Membuat pembentangan mengikut kumpulan.
(i) Faktor tinggal di asrama
·         Mudah berbincang dengan rakan-rakan.
·         Dapat mendisiplinkan diri.
·         Belajar hidup berdikari.
(ii) Faktor tinggal di rumah
·         Tidak terikat dengan disiplin.
·         Dapat tinggal bersama keluarga.
·         Dapat menolong ibu bapa.


(iii) Kebaikan dan keburukan tinggal di asrama
Baik
·         Belajar mematuhi masa.
·         Hidup berdikari.
·         Dapat fokus pada pelajaran.
Buruk
·         Pengaruh rakan sebaya.
·         Disiplin yang ketat.
(iv) Kebaikan dan keburukan tinggal di rumah
Baik
·         Dapat tolong ibu bapa.
·         Masa belajar fleksibel.
Buruk
·         Belajar sambil lewa.
·         Tiada disiplin waktu.
·         Banyak gangguan.

·         Pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah mereka lakukan berdasarkan tugas mengikut kumpulan masing-masing.
·         Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan jawapan mereka yang telah siap di hadapan kelas.
·         Pelajar diminta memilih satu daripada tiga faktor tinggal di asrama yang telah dibentangkan dan menulisnya dalam bentuk satu perenggan isi.
·         Pelajar diminta menulis hasil perkongsian maklumat tersebut di atas kertas A4.





·         Setiap wakil kumpulan diminta untuk membaca hasil penulisan perenggan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan.
·         Isi utama yang diperoleh pelajar akan disimpulkan oleh guru.




ABM
·         Kertas sebak
·         Pen marker
·         Kertas A4



Nilai
·         Bekerjasama
·         Berkeyakinan
·         Berani


KBKK
·         Menjana idea
·         Membuat keputusan

KBT
·         Kemahiran berfikir




Fasa 5 : Refleksi (5 minit)
(Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh)
·         Penilaian dibuat terhadap hasil pembentangan bagi setiap kumpulan.
·         Penilaian berdasarkan cara pembentangan dan isi-isi penting yang diperolehi oleh setiap kumpulan.

·         Pelajar menilai hasil pembentangan setiap kumpulan pelajar lain dan seterusnya diikuti oleh guru.
·         Semua kumpulan dianggap membentangkan hasil kerja dengan baik. Setiap kumpulan mendapat ganjaran.


Nilai
·         Yakin
·         Bekerjasama
·         Bertanggungjawab

KBKK
·         Menilai keputusan



Penutup (2 minit)
Merumus dan membuat kesimpulan isi pelajaran.

·         Guru merumus isi pelajaran dan sekali gus memberi kesimpulan terhadap isi pelajaran pada hari ini.

Nilai
·         Bertanggungjawab

Refleksi:
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment