Tuesday 7 January 2014

Contoh RPH Tingkatan 2



Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Bil. Murid                  : 24 orang
Tingkatan                  : 2 Biru
Tarikh                        : 10 April 2014
Masa                           : 40 minit       
Tajuk                          : Laporan lawatan
Bidang                        : Maklumat
Model Pengajaran     : Pembelajaran Berasaskan Masalah

Objektif                      :          

Pada akhir pelajaran, murid dapat menghasilkan satu laporan lawatan yang panjangnya kira-kira 350 patah perkataan denagn menggunakan penanda wacana dengan betul.

HASIL PEMBELAJARAN :


 

Hasil Pembelajaran 

 

Huraian Hasil Pembelajaran


9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu.
        9.2 menentukan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

Aras 3 (iii)
Menyampaikan maklumat secara spontan.



KEMAHIRAN BAHASA       :           Mendengar, menulis dan bertutur.
SISTEM BAHASA                  :           Kosa kata dan tatabahasa
PENGISIAN KURIKULUM  :         
Ilmu                             : Pendidikan moral,
Nilai                            :  Bertanggungjawab, pemerhatian, berkeyakinan,
                                      menghargai dan fokus
KBT                            : Kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai, kajian masa
                                      depan, kemahiran belajar cara belajar,dan pembelajaran
                                      kontekstual.
                                    

ALAT BANTU MENGAJAR
·         Kertas A4, pen marker dan papan putih.

PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN SEDIA ADA
·         Murid sudah diajar tentang karangan berformat.
·         Murid telah diajar tentang wacana pada pembelajaran yang lepas.
PENGGABUNGJALINAN :

 

Hasil Pembelajaran 

 

Huraian Hasil Pembelajaran


9.2 menentukan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.


Aras 1 (vi)
Menyampaikan maklumat atau mesej secara tersusun dan kohesif dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata yang sesuai dengan khalayak.








Fasa dan isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Alat / KBT / Nilai
Induksi set
(5 minit)
·         Sesi soal jawab antara guru dan pelajar berkaitan pengalaman sedia ada tentang lawatan.
·         Guru bertanya kan tentang pengalaman murid mengikuti lawatan.
·         Guru meminta pelajar untuk menceritakan pengalaman lawatan mereka yang pernah mereka ikuti.
Nilai :
Berani dan berkeyakinan.
Fasa 1 : Mengenal pasti masalah (5 minit)
Contoh soal jawab :
        i.            Apakah format karangan laporan?
      ii.            Bagaimana cara menulis laporan lawatan?
    iii.            Siapakah yang selalunya membuat laporan?
    iv.            Apakah penanda wacana yang sesuai dimasukkan dalam laporan karangan?
Format laporan:
-          Tajuk
-          Pendahuluan, isi dan penutup
-          Disediakan oleh siapa
-          Nama jawatan
-          Tarikh laporan.
·         Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang format karangan jenis laporan.
·         Murid menyatakan format jenis laporan yang mereka tahu.
·         Guru bersoal jawab tentang penanda wacana yang boleh dimasukkan dalam laporan lawatan.
·         Guru mengedarkan lembaran format laporan dalam lembaran kertas A4.
·         Setelah pelajar menyatakan pendapat, guru akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan format laporan lawatan yang akan diajar diajar pada hari itu.
ABM :
Tayangan video
Kaedah : soal jawab
KBKK :
Mencirikan, mengenal pasti dan menghubungkait.
Fasa 2 : Menggambarkan masalah (5 minit)
Penanda wacana:
·         Urutan : seterusnya, akhirnya, selain itu, dll.
·         Penambahan: sekali lagi, tambahan pula, seterusnya, dll.
·         Kesimpulan: ringkasnya, kesudahannya, demikianlah dll.
·         Contoh : tamsilnya, misalnya, umpamanya, dll.

·         Guru memberikan tajuk untuk membuat laporan kepada pelajar.
·         Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang penanda wacana yang boleh digunakan dalam laporan.
·         Guru bertanyakan pelajar jenis-jenis penanda wacana yang mereka tahu.
·         Guru menulis di papan putih penanda wacana yang boleh dimasukkan dalam laporan tersebut.
Nilai : keberanian, keyakinan.
KBT : kemahiran berfikir dan kemahiran interpersonal.
Fasa 3 : Pilih strategi
(10 minit)
Aktiviti 1 :
Llawatan ke kawasan sekolah:
·         Koperasi
·         Perpustakaan
·         Kantin
Arahan guru:
·         Pelajar tidak boleh bising
·         Bergerak dalam kumpulan yang besar
·         Mencatat perkara yang akan dilaporkan.
·         Guru memberi taklimat serba sedikit tentang lawatan yang akan diadakan dalam kawasan sekolah.
·         Guru menerangkan hala tuju lawatan dan perkara yang perlu pelajar catatkan ketika lawatan.
·         Guru mengedarkan kertas A4 kepada pelajar untuk mencatat sepanjang lawatan.
·         Pelajar dinasihati supaya mengikuti semua peraturan dan arahan  guru semasa lawatan.
ABM : kertas A4
KBKK : menjana idea, pemerhatian, kemahiran mencata maklumat
KBT : kemahiran memerhati


Fasa 4 : Melaksanakan strategi (10 minit)


Format laporan:
·         Tajuk
·         Perenggan
·         Disediakan oleh
·         Nama dan jawatan
·         Tarikh

Penanda wacana:
·         Selepas itu
·         Kemudiannya
·         Tamsilnya
·         Konklusinya
·         Intihanya
·         Selain itu






·         Guru menerangkan serba sedikit tentang format laporan berdasarkan lembaran.



·         Guru membimbing pelajar dengan memberikan contoh penggunaan ayat wacana dalam laporan di papan tulis.
·         Pelajar diminta untuk memberikan contoh penanda wacana yang berkaitan.
·         Pelajar diminta untuk membuat rangka laporan.
·         Guru membimbing pelajar dalam membuat rangka laporan.





ABM : kertas A4
Nilai : Fokus.
KBKK : menghubung kait, mendengar dan melihat.
Fasa 5 : Menilai keputusan
 (3 minit)

·         Guru menilai tentang penghasilan rangka laporan yang disediakan oleh  murid.
·         Pelajar berbincang bersama guru penambahbaikkan dalam laporan yang akan disediakan dengan memasukkan pengalaman dan perasaan dibantu oleh penggunaan penanda wacana yang betul dan menarik.


Nilai : menghargai pengalaman.
KBKK : menilai keputusan
Penutup (2 minit)
·         Hasil laporan lawatan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
·         Tugasan harus dihantar pada kelas yang berikutnya.

·         Guru membuat rumusan terhadap isi pengajaran.
·         Pelajar diminta menulis laporan yang  lengkap mengenai lawatan yang dijalankan dalam kawasan sekolah.
Nilai : Pengalaman hidup.

Refleksi :______

No comments:

Post a Comment