Wednesday 8 January 2014

RPH Matematik Tingkatan 2



Mata Pelajaran               : Matematik
Hari                                :  Selasa
Masa                              : 8.00 pagi – 9.30 pagi
Tarikh                            : 17 September 2012
Tingkatan                       : 2 Arogant
Bilangan pelajar             : 32
Tajuk                              : Bab 10: Bulatan I
Sub tajuk                        : 10.2 – Memahami dan menggunakan konsep lilitan untuk menyelesaikan masalah.

Objektif pembelajaran   : murid akan diajar untuk memahami dan menggunakan konsep lilitan untuk menyelesaikan masalah.

Hasil Pembelajaran        : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :
a)      Membuat anggaran  nilai π melalui aktiviti dengan tepat.
b)      menerbitkan rumus lilitan bulatan dengan betul.
c)      Menghargai sejarah ‘pi’.

Pengetahuan sedia ada    : Pelajar telah mengenali bahagian-bahagian sesuatu bulatan.
Kaedah pengajaran    : Kuliah, kaedah pendedahan, Pembelajaran koperatif-think share, perbincangan, praktikal, Pembelajaran koperatif – numbered head together, dan  Pembelajaran koperatif – roundtable
 
Strategi Pengajaran          : Mengenal pasti pola
Alat bantu mengajar         : Pembaris, benang, gunting, 2 set pembaris sesiku, tin berbentuk silinder, botol berbentuk silinder dan paip PVC.
KBKK                              : Membuat refleksi, menjana idea, membuet perkaitan, membuat analisis, dan kesimpulan.
Nilai-nilai murni               : Bekerjasam, berkeyakinan, kosentrasi dan menghargai ahli sejarah matematik.


Langkah/ Masa
Kandungan
Aktiviti (Perbincangan)
Strategi / Kaedah/ ABM/ KBKK/ Nilai Murni
Peranan guru
Peranan pelajar
Langkah 1
Set induksi
(15 minit)

Sejarah ‘pi’
(LAMPIRAN 1)
Guru meminta semua pelajar membersihkan lantai dan mengosongkan tong sampah.

Guru menceritakan sejarah ‘Pi’ kepada pelajar. Guru meminta pelajar membuat peta minda berkaitan sejarah ‘pi’ di dalam buku nota berdasarkan penceritaan guru.

Guru membuat penerangan tentang hasil  pembelajaran pada hari ini.
Pelajar mebersihkan lantai dan mengosongkan tong sampah.

Pelajar membuat peta minda tentang sejarah ‘pi’ di dalam buku nota berdasarkan cerita guru.



Pelajar memberi perhatian
Strategi :

Kedah :
Kuliah, kaedah pendedahan

ABM :

KBKK:
Menjana idea

Nilai murni :
kosentrasi
Langkah 2
Perkembangan pembelajaran
(40 minit)

Menganggar nilai π=3.142
Guru meminta pelajar membuat kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli.

Guru mengedarkan sehelai kertas aktiviti kepada setiap kumpulan. (LAMPIRAN 2).

Guru meminta pelajar berbincang dan menjalankan aktiviti tersebut. (Barang-barang seperti silinder tin, silinder botol, paip PVC, benang, pembaris set sesiku dan pembaris telah diminta oleh guru untuk dibawakan oleh guru pada kelas yang lepas).

Guru meminta setiap kumpulan membuat satu kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Ketua kumpulan perlu mengemukakan kesimpulan tersebut.

Guru  akan membuat kesimpulan  merangkumi semua.


Pelajar membentuk kumpulan.


Setiap kumpulan menerima kertas aktiviti.


Pelajar berbincang dan seterusnya menjalankan aktiviti tersebut.








Pelajar berbincang tentang hasil aktiviti yang diperolehi dan pelajar perlu membuat kesimpulan. ketua perlu mengemukakan kesimpulan setiap kumpulan.


Pelajar memberi perhatian terhadap kesimpulan yang dilakukan oleh guru.

Strategi :
Mengenal pasti pola

Kedah :
Pembelajaran koperatif-think share, perbincangan dan praktikal.

ABM :
silinder tin, silinder botol, paip PVC, benang, pembaris set sesiku dan pembaris


KBKK:
Menjana idea

Nilai murni :
Bekerjasam dan kosentrasi
Langkah 3
Perkembangan
Pembelajaran
(25 minit)
Menerbitkan rumus lilitan bulatan iaitu 2πj
Guru meminta pelajar berada dalam kedudukan kumpulan yang sama. Seterusnya guru ketua kumpulan memberikan nombor kepada ahli kumpulannya iaitu nombor 1 hingga 4.

Guru meminta pelajar membuat perbincangan dan membuat perkaitan antara nilai π , diameter dan ukur lilit.
 
Guru meminta pelajar menerbitkan rumus lilitan bulatan berdasarkan perkaitan tersebut.

Guru akan memanggil satu nombor dan  ahli dalam kumpulan yang memegang nombor tersebut perlu bangun dan membuat penerangan tentang perbincangan   kumpulan tersebut.

Guru membuat kesimpulan tentang penerangan pelajar.
Pelajar berada dalam kumpulan yang sama. Ketua kumpulan membahagika nombor secara rawak kepada setiap kumpulan iaitu nombor 1 hingga 4.


Pelajar berbincang tentang hubungan antara nilai π, diameter dan ukur lilit.



Pelajar menerbitkan rumus lilitan berdasarkan hubungan antara nilai π, diameter dan ukur lilit.

Pelajar yang dipanggil nombornya perlu bangun dan menerangkan tentang perbincangan yang telah dilakukan.



Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Strategi :
-
Kedah :
Pembelajaran koperatif – numbered head together, perbincangan.

ABM :

KBKK:
Membuat refleksi, menjana idea, membuet perkaitan dan membuat analisis.

Nilai murni :
berkeyakinan
Langkah 4
penilaian

Guru membuat penilaian berdasarkan penerangan pelajar.

Strategi :
Kedah :
ABM :
KBKK:
Nilai murni :
Langkah 5
Penutup
(10 minit)

Ringkasan pengajaran
i.     Sejarah ‘pi’
ii.   Menganggar nilai ‘pi’
iii. Menerbitkan rumus lilitan bulatan.
Guru meminta belajar membentuk kumpulan yang mempunyai 4 orang 1 kumpulan. Guru meminta pelajar untuk membuat refleksi tentang pembelajaran pada hari ini menggunakan kedah pembelajaran koperatif ‘Roundtable’. Arahan guru:

Pelajar pertama perlu menulis pendapat mereka mengenai apa yang mereka telah pelajari pada hari ini. Apabila mendegar guru menepuk tangan kertas tersebut beralih kepada orang seterusnya, proses ini berterusan sehingga guru memberhentikannya. Seterusnya, orang terakhir yang mendapat kertas perlu bangun dan membacakan pendapat rakan-rakan mereka.

Guru membincangkan tentang tajuk utama pembelajaran pada hari ini.


Guru mengakhiri pengajaran dengan membincangkan ahli-ahli sejarah matematik yang membuat kajian tentang ‘pi’.
Pelajar membentuk kumpulan. Pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran mereka pada hari ini menggunakan kaedah pembelajaran koperati –Roundtable.



Pelajar mengikut arahan dari guru.












Pelajar mendengar  dengan penuh perhatian dan berbincang  tentang pembelajaran hari ini.

Pelajar memberi pendapat tentang ahli sejarah matematik.
Strategi :

Kedah :
Pembelajaran koperatif – roundtable

ABM :

KBKK:
Membuat refleksi dan kesimpulan.


Nilai murni :
Bekerjasama, berkeyakinan, menghargai ahli sejarah matematik.

Refleksi ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1 comment: