Tuesday 7 January 2014

Contoh RPH Tingkatan 1



Mata Pelajaran       : Bahasa Melayu
Hari                        : Khamis
Tarikh                     : 11 April 2013
Masa                       : 40 minit (11.30-12.20 tengahari)
Bil. pelajar              : 22 Orang
Tingkatan               : 1Jingga
Tajuk                      : Cerpen Tempang (KOMSAS)
Aspek Tajuk           : Nilai dan Pengajaran
Model Pengajaran  : Model Pembelajaran Konstruktivisme
Bidang                    : Estetik
Objektif                 Pada akhir pembelajaran pelajar dapat menyatakan sekurang-kurangnya 5    nilai dan 3 pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan dengan mengadakan perbincangan dalam aktiviti kumpulan berdasarkan teks Cerpen Tempang.
                              
Huraian Pembelajaran :
Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

10.0   Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema
         dan persoalan, pemikiran, nilai,
         dan pengajaran.

Aras 2 (ii)

Membaca untuk menghuraikan pengajaran dalam karya puisi dan prosa.


Pengetahuan sedia ada murid
Pelajar telah mengetahui:
  • Maksud nilai dan pengajaran
  • Keseluruhan jalan cerita Cerpen Tempang
  • Kaedah mengenalpasti nilai dan pengajaran

.
Kemahiran bahasa       : Bertutur, membaca dan mendengar
Sistem Bahasa             : Bahasa baku
Persediaan guru         : Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung
Pengisian Kurikulum  
            Ilmu                : Moral dan Kemasyarakatan
            Nilai                : Kasih sayang, hormat menghormati dan rajin
            KBT                : Kemahiran berfikir secara kreatif dan menaakul
           
Alat Bantuan Mengajar (ABM):        
1)      Gambar nilai murni
2)      Kertas sebak
3)      Kertas grafik
4)      Marker pen
5)      Komputer
6)      Audio
7)      Kertas A4


Fasa dan isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Akat/KBT/Nilai

INDUKSI SET
(5 minit)


·   Guru bertanya khabar sama ada sihat ataupun tidak.
·   Guru memperdengarkan lagu “Putih Putih Melati”
·   Guru meminta pelajar menyanyikan lagu tersebut secara bersama.
·   Guru bertanyakan pelajar apakah nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu tersebut.

Audio,Komputer
Lagu “Putih Putih Melati”


Pelajar menjawab:

Baik hati merupakan nilai murni yang terdapat dalam lirik tersebut.

Kemahiran:
Mendengar dan menaakul




Fasa 1 : ORIENTASI
(3 minit)

(Menetapkan hala tuju pembelajaran)


Hala tuju pelajaran


Pelajar dapat menyatakan
sekurang-kurangnya
5 nilai dan 3 pengajaran
yang boleh diterapkan
dalam kehidupan dengan
mengadakan
perbincangan dalam
aktiviti kumpulan
berdasarkan teks
cerpen Tempang.

















·         Guru bertanyakan pelajar sama ada sudah membaca teks cerpen Tempang.

·         Guru memastikan murid memahami maksud nilai dan pengajaran.



·      Guru menyatakan hala tuju pelajaran hari ini iaitu ingin mempelajari pelajaran komsas.












ABM:
Antologi KOMSAS, Kasut Kelopak Jantung.       


Fasa 2:
MENCUNGKIL  IDEA
                 (10 minit)

(Murid bertukar-tukar pengalaman berdasarkan perkara yang mereka ketahui dan menambah pengetahuan sedia ada.)


Kefahaman dan idea pelajar:
1)   Seorang pelajar yang bernama Hafizi yang tempang.
2)   Seorang yang sering dibuli oleh rakan sekelas yang bernama Kamil.

Antara nilai-nilai yang terdapa dalam cerpen Tempang:
1)      Tabah
2)      Baik hati
3)      Kasih sayang
4)      Sabar
5)      rajin







·         Guru bertanyakan pelajar apakah yang mereka fahami melalui pembacaan cerpen tempang.
·         Guru mencungkil idea-idea daripada pelajar.
· Guru dan murid membuat sumbang saran tentang perilaku baik yang terdapat dalam karya.
· Guru meminta murid melengkapkan nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen Tempang berdasarkan pembacaan mereka melalui edaran kertas penulisan grafik.
· Pelajar melengkapkan teks nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen.
· Setelah masa yang diberikan tamat, para pelajar disoal oleh guru untuk meyumbangkan idea tentang nilai yang diperolehi.
· Para pelajar dipilih secara rawak untuk memberi memberi jawapan tentang nilai berdasarkan buku yang dibaca.









KBT :
kemahiran berfikir.






ABM:
kertas penulisan grafik tentang nilai.







Nilai:
Berdikari dan rajin

Fasa 3:
PENSTRUKTURAN     
SEMULA IDEA
(3 minit)

(Menyusun  semula penge-tahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baharu)






Kesabaran:
Setiap insan perlu sabar menghadapi dugaan.

Berdikari:
Sebagai pelajar kita hendaklah berdikari.






·      Guru bertanyakan pelajar apakah nilai yang boleh diperolehi dalam diri sendiri.






·      Murid membuat rumusan berdasarkan idea-idea yang diperolehi daripada sumbang saran yang telah dibuat.

·      Murid menilai karya tersebut dari sudut lain bagi menjadikan pengajaran yang terdapat di dalam cerpen tersebut digunakan dalam kehidupan seharian.



















Fasa 4 :
APLIKASI IDEA
 (15 minit)

(Melaksanakan tugasan dalam situasi sebenar)

·      Menulis nilai dan pengajaran berdasarkan peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam karya.


Nilai murni:
1)      Baik hati
2)      Rajin
3)      Berdikari
4)      Tolong menolong

Pengajaran:
1)      Kita hendaklah menanamkan sikap saling tolong-menolong antara rakan kita.
2)      Kita hendaklah rajin berusaha.



3)      Kita hendaklah berdikari walaupun kecacatan menjadi penghalang untuk berjaya.


4)      Sikap baik hati sesama insan perlu diterapkan.






·      Guru mengedarkan buah-buahan kepada pelajar dan mereka membentuk kumpulan mereka berdasarkan buah-buahan tersebut iaitu buah strawberi, buah anggur, buah pisang dan buah epal.

·      Para pelajar duduk di dalam 4 bentuk kumpulan berdasarkan buah-buahan tersebut.

·      Para pelajar diedarkan kertas soalan.

·      Guru menunjukkan gambar yang mempunyai nilai murni dan para pelajar dikhendaki meneka nilai apakah yang ditunjukkan berdasarkan gambar tersebut.










·      Para pelajar ditugaskan di dalam kumpulan bagi membincangkan tentang pengajaran cerpen tempang di atas kertas sebak yang diedarkan berdasarkan gambar nilai murni yang diberikan iaitu:
1)    Baik hati
2)    Rajin
3)    Berdikari
4)   Tolong menolong

·      Guru memilih secara rawak kumpulan yang membentangkan hasil perbincangan mereka.







ABM:
1)   Gambar grafik
2)      Kertas soalan
3)      Kertas sebak
4)      Marker pen












Contoh teks nilai dan pengajaran



Nilai:
kerjasama


Fasa 5 : REFLEKSI
(2 minit)

(Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh)

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan.





·     Guru menilai tentang kesahihan idea pelajar yang membentang.

·         Guru menerangkan tentang pengajaran yang diperolehi berdasarkan cerpen Tempang untuk memberi kefahaman kepada pelajar.

·         Guru meminta para pelajar untuk memberi refleksi tentang isi pelajaran tersebut.




PENUTUP
(2 minit)

Guru merumuskan pengajaran.




·      Guru menrumuskan pengajaran tersebut tentang nilai dan pengajaran.

·      Guru menasihati agar pelajar dapat mengaplikasikan nilai dan pengajaran dalam kehidupan seharian.





Refleksi :
________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________.

No comments:

Post a Comment