Tuesday 7 January 2014

Contoh RPH Bahasa Melayu Tingkatan 1




Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu

Tingkatan                 : 1 Delima
 
Bilangan pelajar      :
30 Orang

Tarikh                       : 2 Oktober 2013 
                
Masa                         : 40 minit 
 
Tajuk                        : Pemanasan global 

Aspek Tajuk      : Sebuah rangka karangan berkaitan dengan punca, kesan dan langkah mengatasi masalah pemanasan global.

Model Pengajaran : Diskusi

Bidang                    : Maklumat

Objektif                :      Pada akhir pelajaran pelajar dapat menyenaraikan isi-isi penting karangan secara berkumpulan yang bertajuk punca dan langkah mengatasi pemanasan global.

Hasil  Pembelajaran :

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Fokus Utama
7.0  Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar,dibaca dan ditonton.

       7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting, dan isi releven tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.
Aras 1 (ii)
Memilih isi penting yang releven dengan tajuk yang dibincangkan.

Kemahiran bahasa                   :           bertutur, mendengar, menulis dan membaca.

Pengisian kurikulum
            Penyerapan ilmu          :           Kemasyarakatan, alam sekitar dan sains.
Penyerapan nilai          :           Rasional, hormat-menghormati, kebebasan, berdikari, adil dan saksama, kerajinan, kerjasama, keberanian, semangat bermasyarakat dan kewarganegaraan.
            Penyerapan KBT         :           Kemahiran berfikir.
      

Penggabungjalinan                  :            11.1 aras 1(i) mengenal pasti diksi, istilah dan pelbagai jenis ayat untuk digunakan dalam penulisan karya bukan sastera.
Pengetahuan sedia ada            :           Murid sudah memahami format penulisan karangan.

Fasa dan isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
BBM/KTB/Nilai
Induksi set
(2 minit)
·         Maksud pemanasan global.

  • Guru bertanyakan kesihatan pelajar dan cuaca pada hari ini.
  • Guru mengaitkan pekara tersebut dengan tajuk yang akan diajar.
  • Guru bertanyakan pengetahuan  pelajar mengenai pemanasan global.

BBM:

KBT:
Kemahiran berfikir (memberi penerangan berkesan).

Nilai:
Rasional.
Fasa 1: Pengenalan
(7  minit)
Isu
·         Punca pemanasan global.
·         Langkah mengatasi pemanasan global.




·         Memilih 5 orang ahli kumpulan.
·         Pilih seorang ketua dan ketua akan membentangkan hasil kerja.

  • Guru menjelaskan kepada murid maksud pemanasan global.
  • Guru membuka soal jawab dengan murid mengenai maksud pemanasan global dengan lebih mendalam.
  • Guru menerangkan objektif utama pembelajaran pada hari ini.
  • Guru memberikan arahan kepada pelajar untuk membentuk kumpulan. Setiap pelajar akan mengira nombor satu sehingga empat dan kembali kepada satu dan proses itu berterusan sehingga pelajar yang terakhir.
  • Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap kumpulan.
  • Guru menerangkan kerja kumpulan yang perlu dilakukan.

BBM:
Kertas A4.

KBT:
Kemahiran berfikir (membuat keputusan), kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran mendengar.

Nilai:
Hormat-menghormati, kebebasan, berdikari.
Fasa 2: Eksplorasi
(10 minit)
Perbincangan berasaskan:
Ø  Apa
Ø  Bagaimana  


  • Guru meminta pelajar melakukan perbincangan mengenai topik-topik yang perlu ada dalam sebuah karangan.
ü  Pendahuluan
ü  Isi-isi penting
ü  penutup
  • Guru menyenaraikan pekara yang akan ditulis dalam karangan tersebut.
ü  Punca
ü  Langkah
  • Guru memantau dan membimbing pelajar.

BBM:

KBT:
Kemahiran berfikir (membanding membeza), Kemahiran berfikir (pengelaskan), kemahiran bertutur.

Nilai:
Berdikari, hormat-menghormati, adil dan saksama.
Fasa 3: Merumus
(3 minit)
  • Merumus idea dalam bentuk yang lebih kreatif.

  • Guru mengarahkan pelajar menulis idea yang dibincang di atas kad manila secara kreatif.
  • Guru mengedarkan kad manila beserta pen marker.

BBM:
Kad manila, pen marker.

KBT:
Kemahiran berfikir (pengelaskan), kemahiran menulis.

Nilai:
Kerajinan.
Fasa 4: Penilaian rakan sebaya
(15  minit)
  • Mengukuhkan kefahaman pelajar.


  • Setiap kumpulan perlu mempamerkan hasil kerja yang telah dihasilkan.
  • Guru akan menjadi pemerhati dan meminta pelajar daripada kumpulan lain untuk memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan.

BBM:

KBT:
Kemahiran bertutur.

Nilai:
Kerjasama, adil saksama, keberanian.
Penutup
(3  minit)

  • Guru meminta pelajar menceritakan secara ringkas pemanasan global dan kesannya kepada kehidupan harian mereka.
  • Guru merumuskan hasil pembelajaran hari ini.
  • Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar.

BBM:
Lembaran kerja rumah.

KBT:
Kemahiran bertutur.

Nilai:
Semangat bermasyarakat dan kewarganegaraan, keberanian.

Refleksi :
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment