Tuesday 7 January 2014

Contoh RPH Bahasa Melayu Tigkatan 1



Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tingkatan                  : 1 Indigo
Bilangan Pelajar       : 25 orang
Tarikh                        : 11 April 2013 
Hari                             : Isnin
Masa                           : 40 minit
Mata pelajaran          : Bahasa Melayu
Tajuk                     : Cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan (watak dan perwatakan)
Bidang                        : Estetik

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
HPU:
10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.

HPK:
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Aras 1
vi. Memerihalkan watak-watak dalam karya.





Objektif  :
Pada akhir pelajaran, murid dapat menceritakan semula sekurang-kurangnya dua watak dalam cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan beserta perwatakannya dalam bentuk kumpulan berlima.
Kemahiran Bahasa:-
Kemahiran mendengar, bertutur dan  membaca

Penyerapan
Ilmu     : kemasyarakatan
Nilai    : Kasih sayang, kerjasama, kepimpinan, keberanian, keyakinan, saling
              menghormati, baik hati, semangat kemasyarakatan.
KBKK : menghubung kait, menghurai
Kemahiran Bernilai Tambah
i.                    Kemahiran berfikir
ii.                  Kecerdasan pelbagai
iii.                Kemahiran pembelajaran konstektual

Penggabungjalinan:
2.4 Aras 1 (ii) – mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan.

Fasa dan isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
KBT/BBM/Nilai
Induksi Set
(5  Minit)
-          Contoh soal jawab:
i-                    Siapa pernah menerima surat daripada rakan?
ii-                  Apa yang diceritakan oleh rakan di dalam surat itu?
iii-                Apakah perasaan kamu apabila menerima surat tersebut?


·         Guru membawa sepucuk surat bagi menarik perhatian murid.
·         Guru bertanya sama ada murid-murid pernah menerima surat daripada rakan.
·         Guru meminta murid yang pernah menerima surat daripada rakan untuk menceritakan pengalaman mereka.
·         Guru juga menceritakan pengalaman menerima surat daripada rakan.
·         Guru mengaitkan soal jawab dengan isi pelajaran yang akan dipelajari pada hari tersebut.
ABM:
Sepucuk surat

KBT:
Kemahiran berfikir
Kemahiran mendengar
Kemahiran bertutur

KBKK:
Menghubung kaitkan

Fasa 1 : Memberitahu
(5 minit)
·         Watak dalam cerpen
-          Kamal/aku
-          Abe
-          Ibu
-          Encik Chow Ah Soo
-          Zul dan Fadli

·                   Guru memastikan pelajar telah membaca cerpen tersebut di rumah
·                   Guru menguji kefahaman murid dengan menyuruh murid bercerita tentang cerpen yang telah dibaca.
·                   Guru memaklumkan bahawa pelajar perlu menyenaraikan watak dan perwatakan dalam cerpen tersebut.
·                   Guru mengarahkan perbincangan dibuat dalam bentuk kumpulan.
BBM:
Buku antologi
KBT:
Interpersonal
NILAI:
Keyakinan
Keberanian
Menurut arahan

KBKK:
Mengingat kembali

Fasa 2 : Transisisi
(5 minit)
·         Syarat-syarat pembentukan kumpulan
-          hanya 5 kumpulan
-          Mengikut nombor yang telah dicabut
-          5 orang satu kumpulan
-          Lantik seorang ketua
·                    Guru menerangkan syarat-syarat pembentukan kumpulan
·                    Pelajar mencabut nombor yang dieadarkan oleh guru.
·                    Pelajar bergerak mencari rakan dalam keadaan senyap mengikut nombor yang telah dicabut.
·                    Guru memantau dan membimbing pergerakan murid agar kelas tidak kecoh dan semua murid mempunyai kumpulan.
·                    Ketua kumpulan datang mencabut sampul surat yang mengandungi nama watak.
·                    Murid akan berbincang di dalam kumpulan berkaitan dengan watak yang mereka perolehi.
·                    Guru memaklumkan bahawa penilaian akan dibuat pada fasa keempat.
BBM:
- Sampul surat
-nombor kumpulan

KBT:
berfikir
NILAI:
Kepimpinan
Kerjasama
Keberanian


Fasa 3 : Kerja kumpulan (10 minit)
·               Perbincangan kumpulan
-          Perwatakan watak dan huraian perwatakan

- Kamal
Ø  Baik hati
Ø  Prihatin
Ø  Mementingkan persahabatan
- Abe
Ø Perahsia
Ø Tidak suka menyusahkan orang lain
- ibu
Ø  Baik hati
-Encik Chow Ah Soo
Ø  Prihatin
Ø  Baik hati
-Zul dan Fadli
Ø  Kawan baik Kamal
·                    Murid berbincang di dalam kumpulan.
·                    Guru memantau dan membimbing kumpulan bagi menyiapkan tugasan
·                    Guru mematikan tugasan siap dalam masa yang telah ditetapkan.
·                    Jawapan ditulis dalam kertas A4 yang dibekalkan kepada setiap kumpulan.
·                    Setiap kumpulan melantik 2 wakil yang akan menulis dan membentangkan hasil kerja.
·                    Semua ahli menyemak semula jawapan yang telah ditulis.
BBM:
Kertas A4
Buku antologi

NILAI:
-Semangat kerjasama
-Menghormati ketua
-kepimpinan
-keberanian

KBT:
kemahiran berfikir
Kemahiran menulis
Kemahiran bertutur

Fasa 4 : Penilaian (10 minit)
·               Murid bertanya soalan kepada kumpulan yang membentangkan hasil kerja.

·                    Seorang wakil kumpulan menulis jawapan secara ringkas di papan putih.
·                    Setelah selesai semua kumpulan menulis, seorang lagi wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
·                    Kumpulan lain menilai kefahaman murid berdasarkan jawapan yang diberikan.
·                    Kumpulan lain boleh bertanya solaan kepada kumpulan yang membentang.
·                    Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.
BBM:
pen marker

KBT:
Kecerdasan pelbagai
Kemahiran berfikir

NILAI:
Keyakinan
Kerjasama

Penutup (5 minit)
·         Nasihat guru:
Meminta murid agar sentiasa mengamalkan persahabatan yang baik dengan semua orang. Jaga tingkah laku dalam berkawan.


·                    Guru membuat rumusan terhadap semua jawapan murid.
·                    Guru bertanya tahap kefahaman pelajar terhadap isi pengajaran.
·                    Meminta setiap pelajar memasukkan hasil kerja semua kumpulan di dalam buku nota.
·                    Memberikan nasihat kepada murid.
ABM:
Buku nota
KBT:
Kemahiran mendengar
NILAI:
Saling menasihati




No comments:

Post a Comment