Wednesday 8 January 2014

Contoh RPH Math Tingkatan 2



Hari                                       : Rabu
Masa                                     : 11.30 pagi – 1.00 petang (90 minit)
Tarikh                                   : 11 september 2012
Tingkatan                              : 2 Alfa
Tajuk                                     : Bab 10 – Bulatan I
Sub tajuk                               : 10.1 – Mengenal dan melukis bahagian bulatan

Objektif pembelajaran           : Murid akan di ajar untuk mengenal dan melukis bahagian bulatan.

Hasil pembelajaran                : Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
a)      Melukis :
-          bulatan apabila jejari dan pusat bulatan diberi menggunakan pembaris dan jangka lukis dengan betul.
-          Diameter yang melalui suatu titik tertentu dalam satu bulatan pusat bulatan diberi menggunakan pembaris dan jangka lukis dengan betul.
-          Perentas yang melalui satu titik pada lilitan apabila ukuran panjang diberi menggunakan pembaris dan jangka lukis dengan tepat.
-          Sektor apabila saiz sudut pada pusat dan jejari bulatan diberi menggunakan pembaris, jangka sudut dan jangka lukis dengan jelas.
b)      Menghargai bentuk bulatan dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan sedia ada           : Pelajar telah memahami konsep bulatan dan mengenali bahagian-bahagian bulatan

Kaedah pengajaran                : Kaedah kerja praktikal, pembelajaran koperatif ( berfikir secara   berpasangan), pembelajaran masteri, Pembelajaran koperatif-‘numbered head together’, perbincangan, kaedah pendedahan, pembelajaran koperatif (periksa  berpasangan)

Stategi pengajaran                 : Menggunakan bahan-bahan manipulative

Alat bantu mengajar (ABM)  : pembaris, kertas lukisan, jangka lukis dan jangka sudut

KBKK                                    : Menjana idea, membuat kaitan, membut generalisasi, menyelesaikan masalah, membuat penyelesaian, membuat refleksi dan kesimpulan
 
Nilai murni                  : Bekerjasama, berfikir secara sistematik, memberi perhatian dan berkeyakinan,



Langkah
(masa)
Kandungan
aktiviti
Strategi / kaedah/ ABM/ KBKK/ nilai murni
Peranan guru
Peranan pelajar
Langkah 1
Set induksi
(10 minit)
Bahagian-bahagian bulatan :
a)      Pusat bulatan
b)      Lilitan bulatan
c)      Jejari
d)     Diameter
e)      Perentas
f)       Sektor
g)      Temberang

Guru meminta pelajar membersihkan lantai dan mengosongkan tong sampah.

Guru meminta pelajar mengeluarkan jawapan kerja rumah yang diberikan guru pada kelas yang lepas. Guru membincangkan  jawapan.

Guru meminta 3 orang pelajar secara rawak yang membuat aktiviti pemulihan bangun dan menjelaskan ciri-ciri dan bahagian-bahagia bulatan yang di pelajari pada kelas yang lepas.

Guru membuat rumusan dan menjelaskan perkara yang akan diajar pada hari ini.
Pelajar membersihkan lantai dan mengosongkan tong sampah.


Pelajar mengeluarkan jawapan kerja rumah dan menandakan jawapan yang di bincang bersama guru.



3 orang pelajar yang melakukan aktiviti pemulihan bangun dan menjelaskan ciri-ciri dan bahagian bulatan yang dipelajari pada kelas yang lepas.


Pelajar mendengar penjelasan guru dan mengambil perhatian.
Strategi :

Kaedah:
Perbincangan
ABM :

KBKK:
Menjana idea dan membat refleksi.

Nilai murni :
berkeyakinan

Langkah 2
Perkembangan pembelajaran
(30 minit)
Melukis bahagian bulatan
Guru mengedarkan sehelai ketas kosong A4 putih kepada setiap kumpulan.

Guru meminta pelajar melukis sebuah bulatan pada kertas A4 yang mempunyai jejari 3 cm dengan titik P sebagai titik tengah menggunakan pembaris dan jangka lukis.






Guru  melukis satu bulatan di papan hitam yang mempunyai dua titik iaitu titik A dan O. titik O adalah  pusat bulatan. Guru meminta pelajar melukis diameter yang melalui titik A dan O.


Guru meminta pelajar melukis bulatan yang mempunyai jejari 2 cm dan tandakan satu titik di lilitan bulatan sebagai titik X. Menggunakan jangka lukis, pelajar perlu melukis perentas yang panjangnya 3cm  akan melalui titik X.







Guru meminta pelajar melukis sebuah bulatan yang mempunyai jejari 3 cm. seterusnya membuat garisan jejari dari titik pusat bulatan O ke satu titik di lilitan bulatan, A. Diberi 70° sudut pada pusat bulatan, pelajar perlu melukis sektor bagi bulatan tersebut.








Setiap pelajar menerima sehelai kertas kosong A4.


Pelajar perlu menetapkan jarak jangka sudut mempunyai panjang jejari 3 cm. seterusnya membuat satu titik dinamakan titik  P sebagai pusat bulatan dan meletakkan jangka lukis atas titik P. Kemudian pusingkan jangka lukis untuk melukis bulatan.


Pelajar menyalin bulatan dan titik A dan O dalam bulatan yang dilukis oleh guru di papan hitam dan seterusnya membuat garisan yang melalui titik A dan O bermula dari lilitan bulatan dan akhir di lilitan bulatan.

Pelajar melukis bulatan yang mempunyai jejari 2 cm dan membuat satu titik pada lilitan bulatan yang dinamakan X. Pelajar menetapkan panjang jangka lukis 3cm dan meletakkan di titik X. Lukis satu lengkok kecil yang bersilang dengan lilitan bulatan dan hubungkan titik persilangan tersebut bersama titik X. Panjang perentas ialah 3 cm.

Pelajar melukis satu lukisan yang memp[unyai jejari 3 cm. pelajar melabel pusat bulatan sebagai O dan membuat satu titik di llilitan bulatan sebagai A. Pelajar membuat garisan jejari yang melalui titik A dan O. Menggunakan jangka sudut, tandakan satu lagi titik di lilitan bulatan yang mempunyai 70° sudut dari pusat bulatan  sebagai B. pelajar membuat garisan yang menghubungkan titik B dengan pusat bulatan. Kawasan AOB ada sektor bagi bulatan tersebut.
Strategi :
Bahan manipulative

Kaedah:
Kerja praktikal, Perbincangan

ABM :
Kertas A4, pembaris, jangka lukis, jangka sudut dan pensil

KBKK:
Menjana idea

Nilai murni :
Bekerjasama, berfikir secara sistematik
Langkah 3
penilaian
(25 minit)
Latihan pengukuhan
(Lampiran 1)
Guru telah mengedarkan sehelai kertas yang mengandungi beberapa soalan sebagai latihan pengukuhan.Guru meminta pelajar menjawab semua soalan secara individu dalam masa 10 minit.

Guru meminta pelajar menukar jawapan dengan kawan di sebelah kanan.

Guru membincangkan jawapan bersama pelajar. Pelajar perlu menanda jawapan kawan mereka  Markah keseluruhan ialah 10 markah. Guru meminta pelajar memberi markah kepada kawan.
Setiap pelajar memperoleh kertas soalan dan  perlu menjawab semua soalan tersebut secara individu dalam masa 10 minit.


Pelajar menukar jawapan dengan kawan di sebelah kanan.
Pelajar membincangkan jawapan dan menandakan jawapan kawan mereka. Pelajar perlu meletakkan markah kepada jawapan mereka.


Strategi :
-
Kaedah:
Pembelajaran koperatif- periksa berpasangan dan kaedah pendedahan

ABM :


KBKK:
Menyelesaikan masalah

Nilai murni :
Berkeyakinan dan bekerjasama
Langkah 4
Tindakan susulan
(15 minit)
Tindakan susulan
Aktiviti penggayaan:
Pelajar yang mencapai 8 markah dan ke atas.
(rujuk lampiran 2)

Aktiviti pemulihan :
Pelajar yang mendapat markah kurang  daripada 8 markah.
Aktiviti penggayaan:
Guru memberi soalan yang lebih sukar di papan hitam sebagai kerja rumah dan akan dibincangkan pada kelas akan datang.


Aktiviti pemulihan:
Guru meminta pelajar membuat kumpulan secara berpasangan yang mempunyai seorang dari aktiviti penggayaan dan seorang dari aktiviti pemulihan.

Guru meminta pelajar dari aktiviti penggayaan membantu pelajar dari aktiviti pemulihan untuk membetulkan kesalahan dalam soalan  aktiviti penilaian. Guru meminta pelajar pemulihan membuat pembetulan untuk semua soalan dan menghantarnya pada kelas akan datang sebagai kerja rumah.

Pelajar  perlu menyalin soalan di papan hitam dalam buku latihan masing-masing dan dijadikan sebagai kerja rumah.


Pelajar membentuk kumpulan secara berpasangan dari aktiviti penggayaan dan aktiviti pemulihan.



Pelajar dari aktiviti penggayaan membantu pelajar dari aktiviti pemulihan membetulkan kesilapan yang dilakukan dalam soalan aktiviti penilaian. Pelajar pemulihan  perlu membuat semua pembetulan sebagai kerja rumah dan menghantarnya pada kelas akan datang.
Strategi :
Analogi heuristik

Kaedah:
Pembelajaran koperatif-berfikir secara berpasangan,
Perbincangan, demonstrasi

ABM :
Papan hitam, Jangka lukis , jangka sudut dan pembaris.

KBKK:
Menyelesaikan masalah, menjana idea,

Nilai murni :
berfikir secara sistematik, bekerjasam dan berkeyakinan.
Langkah 5
Penutup
(10 minit)
Ringkasan pembelajaran:
-melukis bahagian bulatan.
-menentukan jejari dan pusat bulatan menggunakan pembinaan.
(Lampiran 3-peta konsep untuk 10.1)
Guru meminta pelajar membuat kumpulan seramai 4 0rang dan setiap orang mempunyai 1 nombor dari nombor 1 hingga 4.

Guru meminta pelajar  berbincang dan menulis apa yang dipelajari pada hari ini.


Guru akan memangil satu nombor dan wakil setiap kumpulan yang mewakili nombor berikut bangun dan membuat penerangan di hadapan kelas.

Guru membuat ringkasan tentang pembelajaran pada hari ini.

Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar –buku teks muka surat 47 & 48 (latihan 10.1) merangkumi subtopik 10.1.
Pelajar membentuk kumpulan seramai 4 orang ahli dan setiap orang mewakili satu nombor.



Pelajar menulis dalam satu kertas apa yang mereka perolehi dalam pembelajaran ini.



Seorang pelajar akan dipanggil oleh guru yang mewakili satu nombor dan pelajar tersebut perlu bangun dan menjelaskan di hadapan kelas.

Pelajar mendengar rumusan dari guru.

Pelajar mengambil perhatian tentang kerja rumah yang diberikan.
Strategi :
perbincangan, kedah pendedahan.


Kaedah:
Pembelajaran koperatif-‘numbered head together’

ABM :
Papan hitam

KBKK:
membuat refleksi dan kesimpulan

Nilai murni :
Bekerjasama , berkeyakina.


Refleksi :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment