Wednesday 8 January 2014

Contoh RPH ADD MATH Tingkatan 4

Hari                      : Isnin
Masa                     : 8.25 a.m- 9.05 a.m.
Tarikh                   : 1 Julai 2013
Tingkatan             : 4 Sains
Bil. Pelajar           : 30/30
Topik                    : Penyelesaian Segi Tiga
Subtopik               : Petua Kosinus

Objektif pembelajaran : Murid akan dibimbing untuk memahami dan menggunakan konsep bagi petua kosinus untuk menyelesaikan
                                       masalah.
Hasil pembelajaran :
 Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
a)      Mengenal pasti petua kosinus dengan tepat.
b)      Menulis persamaan kosinus dengan betul.
c)      Menggunakan petua kosinus untuk mencari sisi yang tidak diketahui bagi suatu segi tiga dengan menggunakan kalkulator.

Pengetahuan sedia ada :
a)      Pelajar telah mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah melibatkan segi tiga bersudut tegak.
b)      Pelajar telah mengetahui tentang Teorem Pitagoras
c)      Pelajar telah mempelajari petua sinus.

Kaedah pengajaran : Kaedah eksposisi atau penerangan, kaedah deduktif, dan kaedah kerja praktik.

Strategi pengajaran : Perbincangan dan pembelajaran koperatif.

Bahan bantu mengajar : Papan putih, lembaran kerja, dan OHP.

KBKK : Menjana idea, mentafsir maklumat, merancang strategi penyelesaian, berkongsi idea, menyelesaikan masalah, menyemak penyelesaian, dan membuat refleksi.
 
Sikap dan nilai : Saling bantu- membantu, bekerjasama, dan berkeyakinan  tinggi.


Langkah/ Masa

Isi Kandungan
Aktiviti (wacana)
Sikap/Nilai/ KBKK/Strategi/ Kaedah/BBM (persekitaran)
Peranan Guru
Peranan Pelajar

Langkah 1 :
(5 minit)
Set induksi


Mengulang kaji pengajaran dan pembelajaran yang sebelumnya berkaitan petua sinus sebelum mengajar sub topik petua kosinus.

a) Guru bertanya pelajar tentang apakah formula bagi petua sinus.
b) Guru memberikan satu masalah segi tiga.
c) Guru memaparkan satu tegi tiga yang mengandungi dua sisi dan satu sudut bukan kandung dan meminta pelajar mencarikan sudut yang dinyatakan.    

a) Pelajar menjawab soalan guru tentang petua sinus.
b) Pelajar kemudian mula menjawab soalan yang dipaparkan oleh guru. 

Sikap dan nilai: Bekerjasama, teliti, dan tekun.
KBKK: Menyelesaikan masalah dan menjana idea.
Kaedah: Deduktif.
BBM: Papan putih, OHP



Langkah 2 :
( 10 minit )
Perkembangan pengajaran


Pengenalan kepada Petua Kosinus

a) Guru menerangkan kepada pelajar tentang formula bagi petua kosinus dan syarat menggunakan petua tersebut serta menulis formula petua kosinus.
b) Guru memberikan beberapa contoh segi tiga yang melibatkan penggunaan petua kosinus.
c) Guru memberikan satu soalan segi tiga yang mengandungi semua panjang sisi dan meminta pelajar mencarikan sudut yang dinyatakan bagi menguji tahap kefahaman murid.      (Lampiran 1).

a) Pelajar membuat nota ringkas berkaitan petua kosinus dan syarat penggunaan petua kosinus.
b) Pelajar mula menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan petua kosinus.

Sikap dan nilai: Teliti, dan tekun.
KBKK: Menyelesaikan masalah dan menjana idea.
Kaedah: Deduktif.
BBM: Papan putih, OHP


Langkah 3 :
( 15 minit )
Perkembangan pengajaran

Latihan  Petua Kosinus

a) Guru meminta pelajar bekerja secara berpasangan.
b) Guru mengedarkan lembaran kerja pada setiap pasangan. (Lampiran 2).
c) Guru meminta pelajar menyelesaikan semua soalan dalam masa yang ditetapkan.
d) Kemudian guru meminta beberapa orang pelajar untuk menunjukkan pengiraan yang telah dilakukan di hadapan kelas dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
e) Guru meminta pelajar untuk menyemak pengiraan masing- masing.
f) Guru akan merekod markah setiap pelajar untuk menilai tahap kefahaman mereka.

a) Secara berpasangan, pelajar mula berbincang untuk menyelesaikan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
b) Pelajar menyiapkan lembaran yang diedarkan oleh guru dalam masa yang ditetapkan.
c) Beberapa orang pelajar menunjukkan pengiraan yang telah dilakukan.  .
d) Pelajar menyemak lembaran yang dijawab.

Strategi : Perbincangan.
ABM : Lembaran kerja (Lampiran 2).

KBKK : Mentafsir maklumat, merancang strategi penyelesaian masalah, berkongsi idea, dan menyelesaikan masalah.
Sikap dan nilai : Bekerjasama, yakin, dan teliti.

Langkah 4 :
( 7 minit )
Penilaian



Mencari sisi yang tidak diketahui bagi suatu segi tiga dengan menggunakan formula kosinus.


a) Guru mengedarkan satu soalan kuiz pendek kepada setiap pelajar. ( Lampiran 3 )
b) Guru mengarahkan pelajar supaya menjawab kuiz tersebut sendiri tanpa berlaku apa- apa perbincangan dengan rakan.
c) Guru memastikan pelajar menjawab kuiz tersebut dalam masa yang ditetapkan.
d) Guru memaparkan jawapan yang betul di hadapan kelas dan meminta pelajar untuk menukar kuiz masing- masing dengan rakan disebelah untuk disemak secara ‘pair check’.
e) Guru meminta pelajar untuk menghantar kertas kuiz masing- masing kepadanya untuk merekod markah.
f) Guru akan merekod markah yang diperolehi oleh setiap pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman mereka dalam topik petua kosinus.
g) Guru akan melaksanakan aktiviti pengukuhan kepada pelajar yang mendapat markah kurang daripada 80% dan aktiviti pengayaan kepada pelajar yang mendapat 80% ke atas.



a)Pelajar menerima soalan kuiz daripada guru.
b) Pelajar menjawab kuiz yang diberikan secara individu dalam masa yang ditetapkan.
c) Pelajar menukar jawapan kuiz masing- masing dengan rakan di sebelah untuk disemak.
d) Pelajar mula menyemak pengiraan dengan teliti.
e) Pelajar menghantar kertas kuiz kepada guru bagi proses merekodkan markah.
f) Pelajar akan mengikuti aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang akan dilaksanakan oleh guru.



Strategi :Pembelajaran koperatif (pair check).
ABM : Soalan kuiz, OHP/ transparensi.
KBKK : Mentafsir maklumat, merancang strategi penyelesaian masalah, dan menyelesaikan masalah.




Langkah 5 :
( 3 minit )
Penutup

Rumusan tentang petua kosinus.

a) Guru meminta pelajar untuk membuat refleksi tentang petua kosinus.

a) Pelajar membuat refleksi tentang petua kosinus.

KBKK : Refleksi.







Refleksi :

No comments:

Post a Comment